JOM TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA KEPADA PESAKIT DAN PEJUANG KANSER!
Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari setiap tahun. Tema yang dibawa pada tahun ini, “I Am and I Will”, mengajak kita sebagai individu untuk sama-sama memainkan peranan dalam membendung beban kanser yang kian meningkat dan membantu mencegah atau mengurangkan kesan akibat kanser kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Bagi tahun 2021, berikutan penularan wabak pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut Kanser Negara dengan julung kalinya akan menganjurkan acara ‘Larian Virtual Hari Kanser Sedunia 2021’.
- Pendaftaran terbuka kepada semua Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia, lelaki dan wanita, dan kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas.
- Peserta boleh berlari, berjogging atau berjalan bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang selamat, di dalam kawasan rumah ataupun menggunakan
- Peserta diingatkan agar mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi aktiviti riadah, terutamanya bagi kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- Peserta juga perlu menggunakan apa-apa jenis aplikasi larian / alat peranti untuk merekod masa dan jarak larian (step counter/pedometer tidak dibenarkan).
- Peserta boleh membahagikan jarak larian sebanyak beberapa kali yang diingini (maksima 5 kali) selagi jarak terkumpul mencapai jarak kategori larian yang dipilih.
Akhir sekali;
Tahukah anda? 30-50% penyakit kanser boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat. Jadi, marilah kita bersama-sama meningkatkan aktiviti fizikal dengan menyahut cabaran larian ini. Penyertaan anda akan memberikan impak yang besar kepada sambutan Hari Kanser Sedunia ini.
Tarikh-tarikh penting:
TEMPOH PENDAFTARAN: 15 JANUARI 2021 – 14 FEBRUARI 2021
TEMPOH LARIAN: 15 JANUARI 2021 – 28 FEBRUARI 2021
HANTAR KEPUTUSAN: BERMULA 15 JANUARI 2021 – 28 FEBRUARI 2021
PENGHANTARAN KIT LARIAN: 8 - 28 MAC 2021 (pos), 9 – 19 MAC 2021 (self-collection)
Sila baca Terma & Syarat penyertaan sebelum mendaftar.
----------------------------------
LET’S SHOW OUR SUPPORT TO CANCER PATIENTS AND SURVIVORS!
World Cancer Day is celebrated internationally on the 4th of February every year. This year campaign’s theme, “I Am and I Will” is an empowering call-to-action urging for personal commitment and represents the power of individual action taken now to impact the future.
For the year 2021, due to COVID-19 pandemic, the Ministry of Health Malaysia and National Cancer Institute will organise the FIRST ‘World Cancer Day 2021 Virtual Run’.
- Registration is open to all Malaysians or non-Malaysians, men and women, and children aged 6 years and above.
- Participants can run, jog or walk anytime and anywhere that is safe, within house area or on a treadmill.
- All participants are reminded to obey the current Standard Operating Procedure (SOP) issued by Malaysian National Security Council (MKN) on outdoor exercises, especially for area declared to be under Movement Control Order (MCO).
- Participants will need a running apps / tracking device to record time and distance of your run (step counter/pedometer are not allowed).
- You can split the distance to as many times as you wish (maximum 5 times) as long as the accumulated distance reach the run category chosen.
Last but not least;
Did you know? 30-50% of cancer can be prevented by adopting healthy lifestyle. Let’s increase our physical activity together by joining this virtual run. Your participation will make a huge difference.
Important dates:
REGISTRATION PERIOD: 15 JANUARY 2021 – 14 FEBRUARY 2021
RUNNING PERIOD: 15 JANUARY 2021 – 28 FEBRUARY 2021
RESULT SUBMISSION: STARTING 15 JANUARY 2021 – 28 FEBRUARY 2021
RACE ENTITLEMENT DELIVERY: 8 - 28 MARCH 2021 (by post), 9 - 19 MARCH 2021 (by self-collection)
Please read our Terms & Conditions before registering.
------------------------------------------------------------------------------------
#IAmandIWill
#SupportWorldCancerDay2021
#mywcd2021virtualrun
#LetsFightAgainstCancerTogether