The first ever virtual challenge for all dispatch & food delivery rider in Malaysia. just keep your meter run, do the trip and win the prize.

Objective

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

Event Info

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

Ticket Price

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

Entitlements

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

Prizes

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

Tee Design

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

Tee Size Chart

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

Keychain & Sticker Design

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

E-cert

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

Result Submission

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

THE ULTIMATE RIDER VIRTUAL CHALLENGE

Frequently Asked Question (FAQ)

Q: Di mana untuk mendaftar?

A:  Layari https://cps4.me/ultimaterider atau rujuk halaman Facebook & Instagram TIZ Sport Event untuk maklumat dan garis panduan.

Q: Berapa yuran pendaftaran?

A: RM65.00 untuk harga normal. RM79.00 untuk merchandise sahaja.

Q: Apakah format acara?

A: Layari https://cps4.me/ultimaterider untuk maklumat lanjut.

Q: Apakah The Ultimate Rider Virtual Challenge?

A: Acara yang dijalankan dalam masa bekerja penghantar bermotosikal dan berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan/keseluruhan serta cabutan bertuah.

Q: Bagaimana untuk rekod jarak perjalanan rider?

A: Dengan menggunakan aplikasi GOOGLE MAPS. Rider mesti merekod dan memuat naik keputusan harian mengikut garis panduan yang disediakan.

Q: Berapa lama tempoh masa untuk merekod jarak perjalanan rider?

A: Rekod jarak perjalanan hanya dikira dari jam 8 Pagi hingga 10 Malam setiap hari.

Q: Bila saya boleh menghantar rekod jarak perjalanan saya?

A: Anda digalakkan untuk menghantar rekod secara harian. Selewat-lewatnya selepas hari ke-7 jam 11.59 malam.

Q: Bagaimana pemenang dipilih?

A: Rider yang merekod jarak perjalanan terkumpul paling jauh untuk mingguan/keseluruhan.

Q: Saya ada soalan yang tidak diperjelaskan dalam soalan-soalan di atas. Siapa saya boleh hubungi?

A: Boleh berhubung terus dengan Penganjur. Maklumat penganjur boleh didapati di maklumat acara.


Q: Adakah program ini menggangu waktu bekerja saya sebagai penghantar?

A: TIDAK. Anda hanya perlu mengaktifkan aplikasi GOOGLE MAPS dan pembuktian rekod jarak perjalanan hanya perlu dihantar selepas waktu bekerja.

Terms & Conditions

TERMA DAN SYARAT

Penganjur & Kelayakan

  1. Acara “The Ultimate Rider Virtual Challenge” ini dianjurkan oleh TIZ Events Management Sdn Bhd.
  2. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Syarikat Penghantaran dan memiliki aplikasi penghantaran di Malaysia. (Hanya Penghantar Motorsikal sahaja dibenarkan)

Tempoh Acara & Kriteria Penyertaan

  1. Pendaftaran atas talian akan dibuka pada 1hb Mac 2021 dan akan ditutup pada 04 April 2021. Pautan pendaftaran atas talian akan dibuat di portal rasmi Checkpoint Spot. (rujuk pada maklumat acara yang disediakan)
  2. Pendaftaran butiran setiap peserta mestilah SAMA dengan butiran di dalam akaun aplikasi penghantaran. Jika didapati peserta gagal mengemukakan butiran yang tepat, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan tersebut. (rujuk pada garis panduan yang ditetapkan)
  3. Setiap peserta WAJIB untuk “follow” akaun TIZ SPORT EVENT dan TIZ EVENTS MANAGEMENT di aplikasi FACEBOOK dan INSTGRAM (rujuk garis panduan yang ditetapkan)
  4. Acara ini akan bermula pada 05 April 2021 jam 8 Pagi dan akan berakhir pada 02 Mei 2021 jam 10 Malam. (rujuk pada garis panduan yang ditetapkan)
  5. Jadual Hadiah Mingguan: (5 Minggu Keseluruhan)
    1. -Minggu 1: 05 April - 11 April 2021
    2. -Minggu 2: 12 April - 18 April 2021
    3. -Minggu 3: 19 April - 25 April 2021
    4. -Minggu 4: 26 April - 02 Mei 2021
    5. -Minggu 5: Keseluruhan & Cabutan Bertuah
  6. Pemenang mingguan dan keseluruhan akan dipilih mengikut jarak yang paling jauh dimuatnaik ke portal CHECKPOINT SPOT. (rujuk pada garis panduan yang ditetapkan)
  7. Pengiraan jarak akan diukur melalui aplikasi GOOGLE MAPS (rujuk pada garis panduan yang ditetapkan)
  8. Setiap peserta WAJIB memuat naik rekod jarak GOOGLE MAPS ke portal yang disediakan. (rujuk garis panduan yang ditetapkan)
  9. Setiap peserta diberi tempoh masa (paling lewat pada jam 11.59 MALAM hari ke-7 setiap minggu) untuk memuat naik dokumen harian (rujuk perkara no.6). Jika gagal berbuat demikian, sebarang dokumen yang dimuat naik selepas itu tidak akan diterima.
  10. Pemenang mingguan selama 4 MINGGU akan dikira melalui kedudukan semasa peserta yang teratas (TOP 1) seperti yang tertera pada LEADERBOARD selepas hari ke 7. Pengumuman dalam tempoh 48 jam selepas hari ke-7 setiap minggu. (rujuk garis panduan yang ditetapkan)
  11. Pemenang Keseluruhan akan dikira melalui rekod jarak perjalanan yang paling jauh bermula dari selepas hari terakhir acara pada jam 10 malam. (rujuk pada garis panduan yang ditetapkan)
  12. Pihak Penganjur berhak untuk menarik balik kemenangan peserta sekiranya terdapat keraguan pada dokumen yang dimuat naik atau peserta gagal untuk membuktikan kesahihan dokumen tersebut.
  13. Keputusan pihak Penganjur adalah Sebarang pertanyaan dan maklum balas, boleh berhubung dengan pihak Penganjur pada nombor yang telah disediakan. (rujuk pada maklumat acara)
  14. Ganjaran atau Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah yang diiklankan dengan hadiah yang sama nilai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu atas budi bicara tunggal dan miliknya. Pihak Penganjur, penaja atau wakilnya tidak bertanggungjawab terhadap hadiah yang rosak atau penyalahgunaan mana-mana hadiah, atau tuntutan, liability, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Acara ini.
  15. Peserta dikehendaki mengemukan bukti pengenalan semasa atau sebelum penebusan hadiah untuk tujuan pengesahan penyertaan Peserta/Pemenang.

Hadiah & Cabutan Bertuah

  1. Hadiah Mingguan (untuk 4 minggu)

1 Hadiah x 1 Pemenang x 1 Minggu

  1. Hadiah Utama Acara

1 Hadiah x TOP 1 Leaderboard
1 Hadiah x TOP 2 Leaderboard
1 Hadiah x TOP 3 Leaderboard
1 Hadiah x TOP 4 Leaderboard
1 Hadiah x TOP 5 Leaderboard
Cabutan Bertuah untuk 50 Pemenang.

  1. Segala gambaran hadiah yang ditunjukkan dalam apa-apa iklan, promosi publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Acara ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza dengan hadiah sebenar yang diterima.
  2. Pihak Penganjur akan menghubungi Peserta yang terpilih melalui maklumat perhubungan yang dibekalkan semasa proses pendaftaran penyertaan.
  3. Sekiranya Peserta yang memenangi acara dalam mingguan dan keseluruhan tidak dapat dihubungi selepas TIGA kali percubaan setiap hari selama tiga hari berturut-turut (pada hari dan waktu bekerja, Isnin-Jumaat). Penganjur berhak untuk membatalkan kemenangan Peserta dan Peserta seterusnya akan yang layak akan dipilih.
  4. Hadiah peserta akan dipos/dituntut mengikut persetujuan antara Pihak Penganjur dan Peserta. Pemenang perlulah mengemukan bukti identiti untuk menerima hadiah mereka.
  5. Sekiranya Pemenang memerlukan seorang wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka, wakil Pemenang hendaklah membawa surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang bersertakan Salinan MyKad Pemenang. (rujuk pada garis panduan yang ditetapkan)
  6. Kesemua barangan dan hadiah Peserta/Pemenang akan dipos/dituntut selewat-lewatnya 14 hari (waktu bekerja Isnin-Jumaat) selepas hari terakhir acara dan keputusan rasmi diumumkan.
  7. Keputusan penganjur dalam menentukan pemenang adalah MUKTAMAD. Tiada bantahan dibenarkan.

Hak Pihak Penganjur

  1. Dengan menyertai acara ini, Peserta bersetuju Penganjur menggunakan, menyiarkan atau memaparkan nama-nama dan gambar-gambar Pemenang (jika ada) bagi tujuan pengiklanan dan publisiti di dalam apa jua saluran penerbitan, pengedaran atau paparan tanpa sebarang bayaran royalti atau pampasan kepada Pemenang.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  3. Jika atas apa-apa sebab acara ini tidak mampu dijalankan seperti yang dirancang atas sebab (dan tidak terhad) seperti penyebaran virus computer, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa-apa sebab di luar kawalan; pihak Penganjur berhak; mengikuti budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana individu yang mengganggu proses penyertaan dan/atau membatalkan, menamatkan, mengubah suai, atau menggantung acara ini.
  4. Pihak Penganjur berhak, mengikuti budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta dan/atau entri yang didapati atau disyaki menipu/menggodam/menyalahgunakan proses penghantaran acara, operasi acara atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat acara ini.
  5. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah Terma dan Syarat-Syarat acara ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  6. Jika berlaku apa-apa percanggahan di antara Terma dan Syarat ini dan apa-apa terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi untuk acara ini, terma di dalam maklumat acara akan diguna pakai.
  7. Dengan menyertai acara ini, Peserta memberi kebenaran kepada pihak Penganjur atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh Penganjur [“Checkpoint Spot”] untuk memproses data peribadi peserta yang diberikan untuk tujuan promosi.
  8. Melain dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau apa-apa jenis perbelanjaan yang dibuat oleh Peserta yang berkaitan dengan acara ini (sama ada untuk tujuan menyertai atau penerimaan hadiah) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta/Pemenang. Pihak Penganjuran tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos/caj/yuran/perbelanjaan yang tersebut.
  9. Pihak Penganjur ini tidak bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, lewat atau sebarang kesilapan teknikal.
  10. Jika berlaku apa-apa kerosakan teknikal pada aplikasi yang ditetapkan, Peserta hendaklah menggunakan apa-apa aplikasi yang bersesuaian untuk membuktikan rekod jarak perjalanan tersebut.
  11. Pihak Penganjur berhak untuk meminta Peserta/Pemenang membuktikan rekod perjalanan yang lebih terperinci di dalam aplikasi jika berlaku percanggahan/pemalsuan/penipuan semasa acara berlangsung.

Liabiliti dan Tanggungjawab

  1. Peserta dan Pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liability, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam acara ini dan/atau penebusan dan/atau penggunaan hadiah dan bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur dari sebarang tuntutan sama ada bagi kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
  2. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, tidak di dalam apa-apa keadaan Penganjur atau pekerja, wakil dan/atau ejen (termasuk, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang berurusan dengan Penganjur untuk tujuan acara ini) bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan (termasuk kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya, berkaitan dengan acara ini, walaupun Penganjur telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut terlebih dahulu, dan semua ganti rugi yang tersebut adalah dikecualikan.
  3. Dengan menyertai acara ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh pengadil dan bersetuju dengan terma dan syarat-syarat rasmi dan semua keputusan pihak Penganjur.

Perlindungan Data

  1. Dengan menyertai acara ini dan pendedahan maklumat peribadi kepada Penganjur, Peserta dan Pemenang bersetuju Penganjur memproses maklumat pribadi Peserta dan Penganjur bersetuju untuk hanya menggunakannya bagi tujuan acara dan melindungi maklumat tersebut seperti yang dinyatakan di bawah. Bahagian ini juga menggariskan hak Peserta mengenai perlindungan data dan penerangan kepada Peserta bagi tujuan untuk menghubungi Penganjur.
  2. Penganjur mungkin menggunakan pihak ketiga untuk memproses data peribadi Peserta, di mana pihak ketiga tersebut haruslah tidak menggunakana data peribadi Peserta di dalam sebarang cara selain daripada apa yang dinyatakan di sini.
  3. Di bawah undang-undang Malaysia, hak Peserta termasuk:
    1. Hak untuk menarik balik kebenaran untuk penggunaan data peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi Penganjur di alamat e-mel yang dinyatakan di bawah yang disediakan Penganjur dengan nama dan alamat e-mel Peserta untuk penghapusan data peribadi tersebut:
    2. Hak untuk mendapatkan salinan data peribadi yang dimiliki oleh Penganjur; dan
    3. Hak untuk membetulkan data peribadi yang tidak tepat.
  4. Sebarang isu perlindungan data bersama Penganjur, aktivti berkenaan hak undang-undang bagi Peserta, sila rujuk laman web pihak Penganjur atau menghubungi talian pelanggan Penganjur. (rujuk pada maklumat acara yang disediakan)
  5. Penganjur akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menyimpan data peribadi Peserta dengan selamat, dan memerlukan pemprosesan data dari pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Bagaimanapun, Penganjur boleh mendedahkan data peribadi Peserta jika dikehendaki oleh undang-undang waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.

Organizer

Organized By : TIZ EVENTS MANAGEMENT SDN BHD
Contact No. : YUSRI +6012 3949439, DAUS +6014 3219632, AMAR +6014 7468568
Email : tiz.sport.event@gmail.com
Official Facebook : https://web.facebook.com/tizsportevent
Official Instagram : https://instagram.com/tiz_sport_event