Maklumat Larian

Acara : Sesma Inspiration Challenge 2022
Tarikh Daftar : 15 Jun 2022 - 31 Julai 2022
Tempat : Mana-mana tempat dan bila-bila masa (yang Bersesuaian)
Tempoh Aktiviti : 15 Jun – 10 Ogos 2022
Tentang : Let'S Fun With SESMA Inspiration Challenge 2022.
                 DON’T STOP UNTIL YOU’RE PROUD
Jarak : 5Km (Larian/Berjalan) , Kiraan Langkah (@6250 Langkah) dan 30Km (Berbasikal)

FREEGIFT: ULTRON Drawstring bag (Untuk 300 pendaftaran online & manual terawal)

Categories & Entry Fees

KOD 

KATEGORI 

KUMPULAN  
UMUR 

KADAR FI 

KIT PESERTA 

A 

 Murid sekolah L/P 

7-17 Tahun 

RM 10 

  • E-SIJIL (E-cert) 
    (E-sijil akan di hantar melalui email) 

D 

 Murid sekolah L/P 

7-17 Tahun 

RM 40  
(Free Postage) 

  • E-SIJIL
  • MEDAL 
  • T-shirt 
    (E-Cert +Medal+T-shirt) 

E 

 Terbuka L/P 

18 Tahun Ke atas 

RM 50 
(Free Postage) 

  • E-SIJIL
  • MEDAL 
  • T-shirt 
    (E-Cert+Medal+T-shirt) 

*FI PENGURUSAN (tidak termasuk fi pemprosesan oleh penyedia perkhidmatan atas talian) 

*Tiada bayaran balik yuran untuk peserta yang akhirnya tidak mengambil bahagian dalam acara tersebut dengan apa alasan pun.
*Tidak dibenarkan untuk memindahkan penyertaan mereka ke peserta lain atau menukar kategori perlumbaan.
* Tambahan RM5 akan dikenakan bagi pengeposan kit peserta yang beralamat di Sabah/Sarawak/Labuan

PENGEPOSAN PERCUMA KIT PENYERTAAN (Entry Kit) dengan no. tracking
i. Pengeposan Kit Peserta akan di pos mulai 30 Ogos 2022 dan seterusnya secara berperingkat.
ii. Pengeposan untuk seluruh Malaysia sahaja.
Pihak penganjur akan menghubungi peserta yang berdaftar melalui emel atau whatsapp sekiranya berlaku perubahan pada tarikh seperti yang di nyatakan di atas untuk urusan pengeposan kit larian.

SESMA 2022

Entitlement

SESMA 2022

T-Shirt Design & Size Chart

SESMA 2022 SESMA 2022

Medal

SESMA 2022

Kaedah Aktiviti

Peserta hanya perlu memilih salah satu dari jenis aktiviti-aktiviti ini :-
I. BERLARI ATAU BERJALAN (Jarak minima 5KM)
II. BERBASIKAL (Jarak minima 30KM)
III. KIRAAN LANGKAH (STEPS COUNTER) - minima 6250 langkah
IV. BERLARI/BERJALAN SETEMPAT (secara manual atau menggunakan treadmill)

Peserta boleh mengesan jarak larian dengan menggunakan kaedah seperti berikut :-

  1. Berlari/berjalan di luar dengan menggunakan aplikasi jejaki ( GPS )
  2. Berlari/berjalan di dalam rumah dengan treadmill atau pusingan di dalam/luar rumah.
  3. Kiraan langkah (1KM = 1,250 langkah) menggunakan mana-mana aplikasi kiraan langkah (steps counter detector)
  4. Berkayuh basikal di luar dengan mengesan jarak kayuhan menggunakan aplikasi penjejak (GPS )
  5. Kayuhan setempat (menggunakan indoor bike rollers with tracker)
  6. Peserta boleh memisahkan jarak larian/kayuhan menjadi beberapa jarak larian/kayuhan yang lebih pendek. Jarak larian/kayuhan hendaklah dikumpulkan dengan beberapa jarak larian/kayuhan yang telah diselesaikan dalam tempoh masa larian/kayuhan tersebut mulai 15 Jun hingga 10 Ogos 2022. Jarak larian/Langkah/Kayuhan yang dikumpul hendaklah tidak melebihi dari 5 rekod.

SESMA 2022 SESMA 2022 SESMA 2022 SESMA 2022 SESMA 2022

Serahan Lapuran Aktiviti

PENGHANTARAN LAPORAN/KEPUTUSAN LARIAN (Result Submission) 

Dalam tempoh 15 Jun hingga 10 Ogos 2022, peserta hendaklah menggunakan atau memuat turun mana-mana aplikasi yang boleh menjejaki larian/langkah anda dan ambil  gambar (photo) yang menunjukkan tarikh dan jarak langkah sebagai bukti larian anda. 

Sila serah melalui email keputusan aktiviti larian/berjalan/ kiraan langkah  dan slip pengesahan peserta  anda mulai 15 June 2022 hingga 10 Ogos 2022 ke sesmaVR2022@gmail.com  

SESMA 2022

E-Bib

SESMA 2022

E-Cert

SESMA 2022

Berita Baik Untuk Murid-murid Sekolah yang Meryertai Program Ini

Pihak kami telah memohon kebenaran penglibatan murid sekolah bagi menyertai program ini kepada Bahagian Sukan,Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta memohon pengiktirafan Sijil Penyertaan sebagai program Peringkat Kebangsaan bagi membolehkan murid-murid/pelajar-pelajar yang menyertai acara ini mendapat pemarkahan yang lebih tinggi di dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) setelah menerima lapuran penganjuran program ini daripada pihak kami (penganjur).
Url link kelulusan KPM:
BSBP: Dokumen Surat Kelulusan

Syarat-syarat & Peraturan-peraturan (Terms and Conditions)

* Peserta yang telah mendaftar dianggap telah bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat ini. 

  1. Terbuka kepada siapa yang berminat untuk menyertai acara ini.(seluruh Malaysia)
  2. Penganjur berhak untuk menghadkan dan menolak mana-mana pendaftaran.
  3. Hanya peserta yang berumur 7 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan untuk menyertai acara ini. Peserta berumur 18 tahun. kebawah perlu mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga untuk menyertai acara ini. 
  4. Semua peserta bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan diri semasa aktiviti berlangsung. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan di pertanggungjawab keatas apa-apa kecederaan, sama ada maut/kematian atau apa-apa kecelakaan dan atau kerosakkan atau kehilangan harta benda sepanjang menjalankan aktiviti ini. Semua risiko adalah tanggungan peserta.
  5. Penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau menukar tarikh acara. Yuran penyertaan tidak dikembalikan sekiranya acara itu dibatalkan dengan apa jua alasan. 
  6. Peserta DINASIHATKAN untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau berunding dengan pengamal perubatan sebelum pendaftaran dan sebelum memulakan larian ini. Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk memastikan bahawa mereka cergas dan sihat untuk turut serta dalam larian ini.
  7. Peserta perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa ketika ingin menjalankan aktiviti ini semasa dibawah Fasa Peralihan ke Endemik Covid-19. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya peserta disabitkan kesalahan di atas perkara tersebut dan menjadi tanggungjawab peserta sepenuhnya.
  8. Penganjur akan menyerahkan/mengepos kit peserta (race kit) larian seperti ke alamat yang dinyatakan dalam borang pendaftaran. Sekiranya saiz dan warna tidak tersedia, Pihak penganjur berhak untuk menggantinya dengan saiz dan warna yang lain tanpa pemberitahuan kepada peserta terlebih dahulu. 
  9. Tiada pertukaran warna atau saiz T-shirt larian apabila maklumat telah diserahkan semasa pendaftaran. 

SOP

SOP SUKAN DAN REKREASI DI BAWAH FASA PERALIHAN KE ENDEMIK COVID-19 , PELAN PEMULIHAN NEGARA.

1. Semua aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal yang dilakukan di kawasan TERBUKA (OUTDOOR) atau di kawasan TERTUTUP (INDOOR) adalah TERHAD bagi individu yang telah MELENGKAPKAN VAKSINASI sahaja tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
2. Anak-anak di bawah umur 12 tahun yang telah melengkapkan vaksinasi sahaja boleh melakukan aktiviti di fasiliti/ premis dengan ditemani/ dipantau oleh ibu bapa/ penjaga/jurulatih/ instruktur yang telah melengkapkan vaksinasi.
3.Tiada had kapasiti penyertaan bagi melakukan aktiviti berkumpulan dan penganjuran kejohanan/ pertandingan/ acara sukan dan rekreasi TERTAKLUK kepada kemampuan mengekalkan penjarakan fizikal sebelum dan selepas aktiviti/ acara.
4. Semua aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal yang dilakukan secara individu dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan dilakukan di kawasan TERBUKA (OUTDOOR) tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.

Organizer

PENGANJUR
SEKOLAH SAINS SULTAN MAHMUD, TERENGGANU

Bersama
PIBG SM SAINS SULTAN MAHMUD TERENGGANU

PENGURUS ACARA
EXCELL TEAM RESOURCES

Contact No. : 011 2649 7743/53