Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Petaling Jaya atau Petaling Jaya International Folklore Festival merupakan festival tahunan anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya MBPJ). Ianya bertujuan mempromosikan Bandaraya Petaling Jaya khususnya, Negeri Selangor dan Malaysia amnya sebagai sebuah KotaSeni dan Destinasi Pelancongan antarabangsa dengan mengetengahkan kepelbagaian ,keunikan dan keharmonian kesenian rakyat dan budaya komuniti tempatan danantarabangsa.
"Selangor Criterium Series" merupakan satu siri perlumbaan basikal jalan raya yang diilhamkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sejak tahun 2018 bertujuan untuk menjadi platform bagi mencungkil dan mengasah bakat berbasikal dari negeri Selangor.
Dengan sokongan dan kerjasama dari Majlis Perbandaran Petaling Jaya sebagai tuan rumah dan penganjur bagi "Series I", serta Persatuan Berbasikal Negeri Selangor dan Selangor Youth Community sebagai rakan penganjur bersama bagi menjayakan "Series I" ini, "Selangor Criterium Series 2022: PJ International Folklore Festival" mampu memperkasakan lagi perkembangan pasukan berbasikal di sekitar negeri Selangor, khususnya di peringkat amatur dan semi-pro.