MAKLUMAT ACARA

DATE : 22 Oktober 2022 (SABTU)
VANUE : Taman Tasek Kompleks Pentadbiran Bandar Baru Kuala Nerus
TIME : 7.00AM – 11.00AM / FLAG OFF : 7.05AM - 7.10AM
ABOUT : Let's join Kuala Nerus Modern & Green City Fun Run
DISTANCE : 5 KM

Semua peserta layak untuk mendapat Medal penamat sekiranya:

  1. Mempunyai Nombor bib (wristband bib) di pergelangan tangan mereka dan
  2. Menyempurnakan/selesaikan larian dengan jarak +- 5KM.

Memandangkan ini adalah larian santai (Fun Run) , masa yang diperuntukkan untuk menamatkan larian ini adalah tidak melebihi 2 jam. Oleh itu, peserta boleh berlari mengikut rentak mereka sendiri.

Pingat akan diberikan HANYA kepada peserta yang telah menamatkan larian dan melepasi garisan penamat. Pengambilan pingat bagi pihak orang lain (cth: ahli keluarga atau rakan) yang tidak dapat menyertai atau tidak hadir TIDAK akan dibenarkan dalam apa jua keadaan.

YURAN PENYERTAAN

Category

Early Bird

Limited for 300 pax only (RM)

Normal Fee

Until 10/9/2022 (RM)

Late Entry Fee

11-17/9/2022 (RM)

Terbuka (Lelaki & Perempuan)

18 Thn & Ke Atas

38

40

45

Pelajar & Kanak-kanak

4 thn - 17 thn

36

38

43

Pakej Keluarga

[2 adults + 2 children’s]

( Dewasa: 18thn ke atas; Kanak-kanak :04 thn-17thn)

144

152

172

Virtual Run [VR]

(7 thn dan keatas)

46

(incl postage fee)

48

(incl postage fee)

53

(incl postage fee)

Pendaftaran telah diproses dan disahkan,TIADA pemulangan bayaran untuk peserta yang akhirnya tidak mengambil bahagian dalam acara tersebut atas apa jua sebab. Tidak dibenarkan sama sekali memindahkan penyertaan mereka kepada orang lain atau menukar kategori.

Pengeposan untuk Sabah/Serawak/WP Labuan akan dikenakan bayaran tamabahan RM5 ( tarikh pembayaran akan dimaklumkan kemudian)

PENDAFTARAN:

  • Tarikh mula Daftar : 22 Julai 2022
  • Yuran early bird terhad untk 300 pax yang terawal (150pax untuk daftar online & 150 pax untuk manual)
  • Tarikh Tutup pendaftaran : 17 Sept 2022

HADIAH CABUTAN BERTUAH (LUCKY DRAW)

Semua peserta layak untuk memenangi hadiah cabutan bertuah kecuali kategori Virtual (VR)

  • Hadiah Utama : 1gram Emas ( gold bar) 2 pemenang
  • Barangan Letrik
  • Hamper dan lain2.

KIT PESERTA (ENTITLEMENT)

Description

ACTUAL

VIRTUAL

VIRTUS Micro-dry Fit Running T-shirt

Personalised Bib (Wristband)

 

Finisher Medals

E-certificates of Participation

Light Refreshment

 

Group Personal Insurance

 

Lucky Draw entry contest

 

Free postage (for entry kit)

 

DESIGN T-SHIRT LARIAN

CARTA SAIZ T-SHIRT LARIAN

MEDAL

STESYEN AIR (WATER STATION)

Disediakan pada jarak 2.5km-3KM dari garisan mula

PENGAMBILAN KIT PESERTA (ENTRY KIT COLLECTION)

Tarikh

Masa

Tempat

21 Oct. 2022

(Jumaat)

9.00am-5.30pm

Main Office Excell Team Resources (ULTRON)

No.22610 Tingkat 1, Jalan SK Gong Badak 21300 Kuala Nerus Terengganu

( atas kedai Telefon DIGI, Bersebelahan pasaraya Tunas Manja Gong Badak)

PENGEPOSAN/PENGHANTARAN KIT PESERTA (KATEGORI VIRTUAL SAHAJA)

Pengeposan/penghantaran kit peserta kepada peserta yang telah mendaftar akan dipos melalui perkhidmatan kurier Pos Malaysia / Nationwide mulai 27 Oktober 2022 secara berperingkat.(proses penghantaran kit peserta akan mengambil masa 14-21 hari untuk selesai disempurnakan)

TEMPOH/MASA LARIAN

  • 5KM- 2 jam/hrs (CUT OF TIME)
  • Masa mula larian: 7.15 AM (FLAG OFF)

ROUTE LARIAN

AKTIVITI SECARA VIRTUAL

Virtual Run (Larian Maya) adalah larian, berjalan, kiraan langkah, lari setempat atau berjoging yang boleh dijalankan pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi yang dipilih oleh peserta dengan menggunakan mana-mana applikasi virtual run. Kelebihan virtual run adalah peserta tidak perlu hadir di tapak pertandingan yang telah ditetapkan oleh penganjur, sebaliknya peserta hanya perlu melakukan aktiviti ini di rumah, kawasan taman atau kawasan kejiranan serta menghantar laporan/keputusan larian kepada penganjur setelah habis larian dengan jarak yang telah ditetapkan.

Peserta boleh mengesan jarak larian dengan menggunakan kaedah seperti berikut:

  1. Berlari/berjalan di dalam/luar rumah dengan menggunakan aplikasi jejaki ( GPS# semua appilkasi dibenarkan ) atau pengesan langkah ( steps detector)
  2. Peserta boleh memisahkan jarak larian/langkah menjadi beberapa jarak/langkah yang lebih pendek. Jarak larian/langkah boleh dikumpulkan (kumulatif) tempoh masa aktiviti tersebut tidak melebihi dari 5 rekod.
  3. Tempoh masa aktiviti mulai dari 22 Julai 2022 hingga 27 Oktober 2022.
  4. Peserta dikehendaki menyerahkan rekod aktiviti melalui email : moderngreencity.etr@gmail.com sebelum 30 Oktober 2022.
  1.  

SYARAT-SYARAT & PERATURAN-PERATURAN ( Terms and conditions)

(Peserta yang berdaftar dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat ini)

  1. Terbuka kepada siapa yang berminat untuk menyertai acara ini.(seluruh Malaysia)
  2. Peserta mesti telah lengkap 2 dos vaksin covid-19 dan melepasi 14 hari dari tarikh acara serta sihat dan tiada simpton ( deman/batuk/selsema/muntah). Peserta dari lokasi PKPD tidak dibenarkan menyertai acara ini.
  3. Penganjur berhak untuk menghadkan dan menolak mana-mana pendaftaran.
  4. Kanak-kanak dibenarkan menyertai acara ini dengan kawalan ibubapa atau penjaga.
  5. Hanya peserta yang berumur 4 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan untuk menyertai acara ini. Peserta berumur 18 thn. kebawah perlu mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga untuk menyertai acara ini.
  6. Semua peserta bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan diri semasa aktiviti berlangsung.Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan dipertanggungjawab keatas apa-apa kecederaan, sama ada maut/kematian atau apa-apa kecelakaan dan atau kerosakkan atau kehilangan harta benda sepanjang menjalankan aktiviti ini. Semua risiko adalah tanggungan peserta.
  7. Penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau menukar tarikh acara dengan sebab yang munasabah atau mendapat arahan dari pihak yang berkuasa.
  8. Peserta DINASIHATKAN untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau berunding dengan pengamal perubatan sebelum pendaftaran dan sebelum memulakan larian ini. Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk memastikan bahawa mereka cergas dan sihat untuk turut serta dalam program ini.
  9. Peserta perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa ketika ingin menjalankan aktiviti ini semasa dibawah Pelan Pemiluhan NegaraPergerakan (PKP/PKPB/PKPP)di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 4. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya peserta disabitkan kesalahan di atas perkara tersebut dan menjadi tanggungjawab peserta sepenuhnya.
  10. Penganjur akan menyerahkan/mengepos kit peserta (race kit) larian seperti ke alamat yang dinyatakan dalam borang pendaftaran. Sekiranya saiz dan warna tidak tersedia,Pihak penganjur berhak untuk menggantinya dengan saiz dan warna yang lain tanpa pemberitahuan kepada peserta terlebih dahulu.
  11. Tiada pertukaran warna atau saiz T-shirt larian apabila maklumat telah diserahkan semasa pendaftaran.
  12. Tiada pengambilan kit peserta pada hari acara.

ORGANIZER

EXCELLENT TEAM RESOURCES (ETR) & KELAB SUKAN REKREASI BUKIT MARAS

DISOKONG & KERJASAMA PEJABAT DAERAH KUALA NERUS