LARIAN MAYA KELUARGA MALAYSIA 2022 SEJAUH 7KM, 10KM, 21KM, 42KM DAN 100KM SELAMA 68 HARI SEMPENA TAHUN BARU 2022.

Event Info

Larian Maya Keluarga Malaysia

Pakej Pendaftaran

Larian Maya Keluarga Malaysia

Tee Design & Size Chart

Larian Maya Keluarga Malaysia Larian Maya Keluarga Malaysia Larian Maya Keluarga Malaysia

E-Bib Design

Larian Maya Keluarga Malaysia

Medal Design

Larian Maya Keluarga Malaysia

E-Cert Design

Larian Maya Keluarga Malaysia Larian Maya Keluarga Malaysia

Cabutan Bertuah

Larian Maya Keluarga Malaysia

Terma & Syarat

Pengenalan

  1. Program Larian Maya Keluarga Malaysia ini adalah anjuran bersama Pertubuhan Nadi sihat dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri.
  2. Program ini adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang mempunyai alamat tetap di Malaysia berumur 10 tahun dan ke atas.
  3. Bagi peserta yang berumur 18 tahun ke bawah hendaklah mendapat kebenaran dan sentiasa dibawah pengawasan ibu bapa semasa mendaftar dan juga sewaktu melaksanakan aktiviti larian.
  4. Dengan mendaftar melalui portal yang disediakan pihak penganjur akan mengandaikan bahawa kebenaran telah diberikan oleh ibu bapa atau penjaga untuk menyertai program ini.

Pendaftaran

  1. Pendaftaran bermula 3hb Januari 2022 dan akan berakhir pada 15hb Mac 2022.
  2. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui website checkpointspot.asia. Peserta juga boleh berhubung dengan sekretariat sekiranya memerlukan bantuan untuk pendaftaran.
  3. Antara kategori yang di tawarkan adalah 5Km, 10Km, 21Km, 42Km dan 100Km.
  4. Peserta boleh meneruskan larian sehingga tamat tarikh cabaran bagi memaksimumkan catatan larian peribadi masing -masing.
  5. Setiap peserta hendaklah memastikan tahap kesihatan semasa berada pada tahap yang baik dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti yang akan dilaksanakan. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan atau apa - apa kecelakaan dan kerugian semasa menyertai program ini.
  6. Peserta hendaklah mengisi maklumat peribadi yang benar, tepat dan terkini yang diperlukan. Sebarang maklumat dan notis akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan atau melalui no telifon yang dibekalkan.
  7. Setiap peserta disarankan untuk merujuk saiz baju di carta saiz baju yang dipaparkan bagi mengelakkan permasalahan saiz sewaktu penghantaran.
  8. Setiap peserta akan menerima slip pengesahan pendaftaran melalui email yang diberikan, jika terdapat sebarang percanggahan hendaklah memaklumkan kepada sekretariat dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghantaran email. Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 akan dikenakan selepas jangkamasa tersebut.
  9. Tiada pertukaran saiz baju akan diterima selepas tempoh 24jam daripada penghantaran email pengesahan.

Aktiviti Larian

  1. Aktiviti larian boleh mula dilaksanakan bermula 7hb Januari 2022 sehingga 20hb Mac 2022
  2. Semua peserta hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard Covid-19 yang ditetapkan oleh MajlisKeselamatan Negara seperti penjarakan sosial dan kebersihan diri sepanjang perlaksanaan aktiviti dilakukan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran terhadap mana – mana peraturan dan undang – undang oleh peserta. SOP perlaksanaan aktiviti boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Belia & Sukan di http://www.kbs.gov.my/sop-sukan-rekreasi.html
  3. Peserta juga hendaklah memastikan pelaksanaan aktiviti di laksanakan di kawasan yang sesuai dan selamat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
  4. Peserta boleh memiliih untuk melakukan larian secara fizikal atau melakukannya diatas ‘Treadmill’ di gymnasium dan juga di kediaman masing masing.
  5. Aktiviti larian boleh dilaksanakan secara sekali gus atau berkala mengikut kesesuaian masa dan kemampuan peserta.
  6. Peserta boleh menggunakan mana - mana aplikasi pengiraan Langkah, larian, serta tekapan papan muka skrin ‘treadmill’ untuk tujuan muatnaik laporan pelaksanaan aktivti.
  7. Setiap peserta hendaklah memuatnaik laporan pelaksanaan aktiviti ke ruangan ‘Result Submission’ yang disediakan di portal pendaftaran.
  8. Laporan pelaksanaan aktiviti boleh di muat naik secara terkumpul keseluruhan aktiviti ataupun secara berperingkat mengikut tarikh pelaksanaan aktiviti.
  9. Penganjur berhak untuk tidak mengiktiraf mana – mana laporan pelaksanaan aktiviti yang mencurigakan dan membatalkan aktiviti tersebut.
  10. Hanya peserta yang menamatkan larian mengikut kategori masing- masing dalam tempoh masa yang ditetapkan layak menerima E-sijil penamat.
  11. Penganjur berhak untuk menggunakan mana – mana gambar, rakaman atau sebarang rekod media lain untuk tujuan yang sah termasuk pengiklanan komersial dan juga hebahan kepada umum.

Penghantaran Kit Larian

  1. Penghantaran kit larian akan terbahagi kepada tiga fasa
  2. Bagi pendaftaran yang dibuat sebelum 31hb Januari 2022, Kit larian akan mula dihantar bermula 21hb Februari 2022.
  3. Bagi pendaftaran yang dibuat selepas 31hb Januari 2022, penghantaran akan bermula pada 21hb Mac 2022.
  4. Bagi pendaftaran yang dibuat selepas 28hb Febuari 2022, penghantaran akan bermula pada 16hb April 2022.
  5. Sekiranya terdapat pemulangan bungkusan kit larian yang gagal diserahkan atas apa jua sebab penganjur hanya akan menguruskan penghantaran semula bungkusan tersebut atas permintaan peserta dengan caj penghantaran yang akan ditanggung oleh peserta.
  6. Bagi kit larian yang gagal diserahkan dan gagal di tuntut selepas 30hb April 2022. Pihak penganjur akan melupuskan rekod penyimpanan dan pegangan barangan tersebut dan tidak bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali barangan tersebut kepada peserta.

Cabutan Bertuah

  1. Semua peserta yang mendaftar adalah secara automatik layak untuk menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan
  2. Cabutan bertuah yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
    • Sebuah Kereta Proton Saga
    • Sebuah Motosikal
    • 3 buah telifon pintar.
    • 5 LCD TV 24 inci
    • 5 keping ‘Gold Bar’ 1 Gram
    • 2 Periuk Noxxa
    • 5 Mountain Bike
    • 1 Treadmill
    • 5 Vacuum Cleaner
    • 10 Iron steam
    • 5 Air Fryer
    • 10 Rice Cooker
    • 20 Smart Digital Tempreture
    • 20 Bread Toaster
    • 10 Sanitizer Spray
    • 5 Wrist band
    • 10 Blander
    • 5 Food Steamer
  3. Semua reka bentuk,dan warna hadiah yang di tawarkan adalah ilustrasi sahaja, ianya mungkin berubah mengikut keadaan sebenar hadiah tersebut.
  4. Sekiranya hadiah cabutan utama kereta dan motosikal di menangi oleh peserta dibawah 18 tahun, penyerahan hadiah tersebut akan diberikan kepada bapa/ibu/penjaga yang sah kepada peserta terbabit
  5. Sesi cabutan bertuah atas talian adalah dirancangkan pada 26hb Mac 2022. Walaubagaimanapun penganjur berhak meminda tarikh tersebut mengikut kesesuaian keadaan dan masa penganjuran program.
  6. Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad.
  7. Hadiah cabutan bertuah akan diserahkan kepada peserta dalam tempoh 30 hari dari tarikh cabutan dilakukan.

Lain – Lain

Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlak kami untuk mengubah suai dan menggantikan terma dan syarat – syarat ini pada bila – bila masa tanpa sebarang keperluan atau kewajipan notis kepada peserta.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03 4265 3012, 014 234 5993 dan 019 269 0094.

Penganjur

Organized by : PERTUBUHAN NADI SIHAT
Tel No. : 0192690094
Email : nadisihatofficial@gmail.com
Facebook: Pertubuhan Nadi Sihat
Instagram: nadisihatofficial

gtag('config', 'UA-159314413-1');