Virtual Run (Larian Maya) adalah larian, berjalan, kiraan langkah, lari setempat atau berjoging yang boleh dijalankan pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi selamat yang dipilih oleh peserta dengan menggunakan mana-mana applikasi virtual run. Kelebihan virtual run adalah peserta tidak perlu hadir di tapak pertandingan yang telah ditetapkan oleh penganjur, sebaliknya peserta hanya perlu melakukan aktiviti ini di rumah, kawasan taman atau kawasan kejiranan serta menghantar laporan/keputusan larian kepada penganjur setelah habis larian dengan jarak yang telah ditetapkan.
Peserta boleh mengesan jarak larian dengan menggunakan kaedah seperti berikut:
i. Berlari/berjalan di dalam/luar rumah dengan menggunakan aplikasi jejaki (GPS# semua appilkasi dibenarkan) atau pengesan langkah (steps detector)
ii. Peserta boleh memisahkan jarak larian/langkah menjadi beberapa jarak/langkah yang lebih pendek. Jarak larian/langkah boleh dikumpulkan (kumulatif) tempoh masa aktiviti tersebut tidak melebihi dari 5 rekod.
iii. Untuk kaedah kiraan langkah adalah 1250 langkah bersamaan 1KM (boleh guna treadmill jika ada)
iv. Tempoh masa aktiviti mulai dari 02 Ogos 2022 hingga 06 Mei 2023
v. Peserta dikehendaki tangkap layer (screenshot) bukti aktiviti yang telah dilakukan dan
vi. Peserta dikehendaki menyerahkan rekod aktiviti melalui email : kertehrun2022@gmail.com sebelum 07 Mei 2023