TEMPAT

8 BUKIT SELURUH NEGERI TERENGGANU

  • BUKIT BESAR
  • BUKIT MAK DAYANG
  • BUKIT BAUK
  • BUKIT LUBUK BATU
  • BUKIT BALIK HIDUNG
  • BUKIT TOK SALAI
  • BUKIT MARAS (PUNCAK 275)
  • BUKIT KELUANG

MAKLUMAT LARIAN

Sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 bagi peringkat Negeri Terengganu, Persatuan Sukan Orienteering Negeri Terengganu (PSOT) dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) menganjurkan VIRTUAL ORIENTEERING HIKE 2021 yang berlangsung serentak di lapan (8) lokasi terpilih seluruh negeri Terengganu.

VIRTUAL ORIENTEERING HIKE 2021 merupakan satu acara aktiviti sukan mendaki (hiking) oleh peserta berdaftar dengan hanya perlu melawati “Penanda Kawalan Orienteering” yang berada di lapan (8) puncak bukit yang tersenarai. Peserta perlu mendaki (hiking) ke salah satu daripada lapan (8) bukit di seluruh negeri Terengganu yang tersenarai untuk sampai ke lokasi yang ditetapkan. Peserta boleh menyertai acara di semua puncak bukit tersebut, namun hanya satu (1) Sijil Penyertaan disediakan.  Di setiap puncak bukit akan diletakkan “Penanda Kawalan Orienteering” bersama – sama Kod QR untuk peserta mengimbas menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai bukti penyertaan acara.       

TARIKH PENDAFTARAN:

Mulai: 27 September 2021
Tarikh Tutup Pendaftaran: 25 Oktober 2021

TEMPOH ACARA: 8 – 25 Oktober 2021

8 Oktober 2021: Pra Acara
9 Oktober 2021: Pelancaran Rasmi Acara

KAEDAH DAN YURAN PENYERTAAN

  • Penyertaan adalah PERCUMA: Peserta hanya perlu mendaftar melalui link: https://bit.ly/3lJPvRn ( tanpa pembelian baju ) dan melengkapkan acara dalam tempoh yang ditetapkan serta menghantar bukti melalui e-mel kepada: hsnpsot2021@gmail.com
  • Penyertaan dan PEMBELIAN Baju Acara:
    Pendaftaran dan tempahan melalui pautan berikut: https://cps4.me/hsnpsot2021

MAKLUMAT PENYERTAAN DAN HARGA

[Tidak termasuk yuran proses oleh penyedia perkhidmatan dalam talian minimum RM2.00]

KOD

KATEGORI

PILIHAN REKAAN

BAJU ACARA

HARGA

KIT PESERTA

1.

PENYERTAAN PERCUMA DAN PEMBELIAN BAJU ACARA

A

Kolar Lengan Pendek (Polo)

RM38.00

- Baju Acara
- Penghantaran PERCUMA melalui Pos
- e-sijil HSN2021
- e- bib (dihantar melalui e-mel yang didaftarkan)

2.

B

Leher Bulat Lengan Pendek

RM33.00

- Baju Acara
- Penghantaran PERCUMA melalui Pos
- e-sijil HSN2021
- e- bib (dihantar melalui e-mel yang didaftarkan)

3.

C

Leher Bulat
Lengan Panjang

RM35.00

 

- Baju Acara
- Penghantaran PERCUMA melalui Pos
- e-sijil HSN2021
- e- bib (dihantar melalui e-mel yang didaftarkan) 

*Tiada bayaran balik yuran untuk peserta yang tidak mengambil bahagian dalam acara tersebut tanpa sebarang alasan. Tidak dibenarkan untuk menukar penyertaan  mereka kepada peserta lain.*

PENGHANTARAN PERCUMA (Dengan disediakan No. Tracking)

Penghantaran Baju Acara melalui pos akan bermula pada 20 November 2021 dan seterusnya. Penghantaran hanya terhad untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Pihak penganjur akan menghubungi peserta yang berdaftar melalui e-mel atau “whatsapp” sekiranya berlaku perubahan pada tarikh seperti yang dinyatakan di atas untuk urusan penghantaran Baju Acara.

PENGHANTARAN BUKTI PENYERTAAN

Dalam tempoh acara, iaitu 8 – 25 Oktober 2021, peserta perlu menghantar secara emel bukti bergambar (screen shot) paparan imbasan MySejahtera [Maklumat Check-in] berdasarkan kod QR “Persatuan Sukan Orienteering Negeri Terengganu” yang diletakkan bersama “Penanda Kawalan Orienteering” di setiap lokasi acara. Bukti tersebut mestilah mengandungi maklumat lokasi, nama, nombor telefon, tarikh dan masa sebagai bukti penyertaan dan dihantar melalui emel kepada: hsnpsot2021@gmail.com

SYARAT-SYARAT & PERATURAN-PERATURAN

  1. Terbuka kepada siapa yang berminat untuk menyertai acara ini (seluruh Malaysia), tetapi lokasi acara hanya terhad kepada lapan (8) bukit di negeri Terengganu yang tersenarai sahaja.
  2. Penganjur berhak untuk menghadkan dan menolak mana-mana pendaftaran.
  3. Hanya peserta yang berumur 7 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan untuk menyertai acara ini. Peserta berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapatkan kebenaran ibubapa/penjaga untuk menyertai acara ini.
  4. Semua peserta bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan diri semasa aktiviti berlangsung. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan dipertanggungjawab ke atas apa – apa kecederaan, sama ada maut/kematian atau apa – apa kecelakaan dan atau kerosakkan atau kehilangan harta       benda sepanjang menjalankan aktiviti ini. Semua risiko adalah tanggungan peserta.
  5. Penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau menukar tarikh acara.
  6. Peserta dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau berunding dengan pengamal perubatan sebelum pendaftaran dan sebelum memulakan acara ini. Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk memastikan bahawa mereka cergas dan sihat untuk turut serta dalam acara ini.
  7. Peserta perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa ketika ingin menjalankan acara ini semasa dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP). Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya peserta disabitkan kesalahan di atas perkara tersebut dan menjadi tanggungjawab peserta sepenuhnya.
  8. Penganjur akan menyerahkan/menghantar Baju Acara seperti ke alamat yang dinyatakan dalam Borang Pendaftaran. Sekiranya saiz dan warna tidak tersedia, Pihak penganjur berhak untuk menggantinya dengan saiz dan warna yang lain tanpa pemberitahuan kepada peserta terlebih dahulu.
  9. Tiada pertukaran warna atau saiz Baju Acara dibenarkan apabila maklumat telah diserahkan semasa pendaftaran.

BAJU ACARA

Hari Sukan Negara Virtual Orienteering Hike 2021 Hari Sukan Negara Virtual Orienteering Hike 2021 Hari Sukan Negara Virtual Orienteering Hike 2021

SIZE CHART

Hari Sukan Negara Virtual Orienteering Hike 2021

PENANDA KAWALAN ORIENTEERING

Hari Sukan Negara Virtual Orienteering Hike 2021

CONTOH BUKTI PENYERTAAN

Hari Sukan Negara Virtual Orienteering Hike 2021

PENGANJUR

Penganjur: Persatuan Sukan Orienteering Terengganu
Pengurusan Acara : Excell Team Resources
email : hsnpsot2021@gmail.com