Kempen CSR CheckPointSpot ‘Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah’.

Kempen CSR CheckPointSpot ‘Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah’.

Pelancaran kempen CSR CheckPointSpot (CPS) telah dilancarkan pada 12th April 2021 ketika sidang akhbar Pengumuman Gabungan #RasuahBusters (Coalition of the Willing) bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf dan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Kempen CSR ini dianjurkan oleh CPS dengan kerjasama gerakan Rasuah Busters. Kempen ini memberikan ruang kepada rakyat Malaysia untuk menyuarakan pendapat lantang serta menunjukkan solidariti bagi menentang budaya rasuah di negara Malaysia tercinta. Acara ini mensasarkan seramai 10,000 rakyat Malaysia bagi mengumpulkan 100 juta langkah dalam masa 30 hari. Setiap langkah akan mewakili usaha kita dalam membanteras budaya rasuah.

Sekiranya anda berpendapat rasuah merosakkan negara kita, dan ingin membuat perubahan bersama dengan semua rakyat Malaysia, jangan teragak-agak untuk sertai dalam kempen ini. Daftarkan diri dan keluarga anda untuk menjadi sebahagian daripada gerakan menentang rasuah. Penyertaan bagi kempen ini adalah PERCUMA! Jangan lupa untuk berkongsi dan menjemput rakan anda untuk menyertai kempen ini.

Apabila selesai mendaftar, anda boleh memulai kiraan setiap langkah anda sewaktu melakukan aktiviti harian selama 30 hari. Setelah selesai 30 hari, jumlah langkah boleh dihantar kepada platform penghantaran langkah CPS. Jumlah langkah anda bersama dengan semua rakyat Malaysia yang menyertai acara ini akan dikira. Sasaran acara ini adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 100 juta langkah.

CABUTAN BERTUAH.

Setiap peserta berdaftar dan telah menghantar jumlah pengiraan langkah masing-masing layak untuk menyertai cabutan bertuah. Cabutan bertuah akan dilakukan pada 1 Ogos 2021.

HADIAH CABUTAN BERTUAH.

  • Hadiah Pertama: IPhone 12 Pro
  • Hadiah ke-2: Xiaomi Poco F2 Pro
  • Hadiah ke-3 – ke-5: Xiaomi Redmi Note 10
  • Hadiah ke-6 – 10: Xiaomi Redmi 9
  • Hadiah ke-11 & ke-12: Pembersih Udara Mi
  • Hadiah ke-13: Xiaomi Mi Watch
  • Hadiah ke-14 & ke-15: Xiaomi Mi Watch Lite
  • Hadiah ke-16 – 20: Xiaomi Mi Business Bag
  • Hadiah 21 – 30: Xiaomi Mi Band 5
  • Hadiah ke-31 – 40: Xiaomi Mi Power Bank

CABARAN “REFERRAL”.

Setelah mendaftar, anda boleh mengajak keluarga dan rakan anda untuk mendaftar melalui pautan rujukan anda. Setiap kali seseorang klik pautan tersebut dan daftar, kami akan mengambil kira ia sebagai rujukan anda. Rujukan paling tinggi akan memenangi hadiah.

HADIAH UNTUK DIMENANGI DALAM CABARAN “REFERRAL”.

  • Hadiah Pertama & ke-2: Amazfit BIP U Pro
  • Hadiah ke-3 – ke-5: Amazfit Band 5
  • Hadiah ke-6 – ke-10: Amazfit Neo
  • Hadiah Saguhati (x5): Remax Powerbank

MAKLUMAT KEMPEN SECARA RINGKAS.

Marilah kita semua rakyat Malaysia bersama berjalan 100Juta Langkah untuk menyampaikan mesej menolak korupsi dibulan yang mulia ini.

_

Checkpoint Spot, Your One-Stop Race Solutions Provider.

https://checkpointspot.asia/