Kayuhan Negaraku 2017

Program “KAYUHAN NEGARAKU” akan diadakan pada 18 November 2017 bertempat di Seri Iskandar, Perak.

Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui aktiviti sukan berbasikal. Acara berbasikal ini juga adalah satu gaya hidup rekreasi dan sosial pada masa ini dan juga merupakan platform di mana ianya baik untuk kesihatan dan tubuh badan yang sihat untuk semua peringkat lapisan umur.

Selain itu, program ini juga dapat mengumpul dan mengeratkan hubungan di kalangan peminat sukan berbasikal serta melahirkan warga yang sihat dan cergas.

Program Kayuhan Negaraku yang berkonsepkan ‘Fellowship Ride’ ini akan dimulakan pada jam 7.30 pagi sehingga 1.00 tengahari dengan jarak sejauh 90km dan ianya akan membuka peluang kepada para peserta untuk mengenali sekitar kawasan Seri Iskandar di samping berinteraksi dan beriadah secara sihat.

Melalui program berbasikal, ianya dapat merapatkan lagi hubungan dan perpaduan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui persaingan yang sihat di dalam acara sukan berbasikal di samping membangkitkan minat yang tinggi terhadap sukan ini.



Date: 17th November 2017
Venue: D'Hotel, Seri Iskandar
Time: 10:00am - 12:30pm | 3:00pm - 7:00pm


Registration Closed


Our Address

Checkpoint Spot (002438388-W)
No 40A, Jalan BRP 1/2,
Bukit Rahman Putra,
47000 Sungai Buloh, Selangor
Malaysia
 : info@checkpointspot.asia

Connect with us